Thursday 31 May 2012

apa itu accelerometer ?

korang tahu apa itu accelerometer ? atau lebih tepat lagi apa itu MEMS accelerometer ? oleh sebab aku boring, aku pun terus tengok kamus online dewan bahasa terjemahkan apa bendalah accelerometer ni.

so dari kamus online tu dia ckp, takda ! ek ? tapi yang paling hampir, ada maksud electronic accelerometer. maksud dia meter pecut elektronik. perkataan ni digunakan dalam bidang kejuruteraan yang ditafsirkan sebagai "Alat untuk mengukur satu atau lebih komponen pecutan termasuk transduser yang biasanya menghasilkan voltan berkadaran dengan pecutan."

MEMS dan tranduser tu korang tengok la sendiri apa benda tu. boringla asyik aku yang googlekan kan :p

accelerometer ni memang dikatakan wajib untuk semua smart phone seperti iPhone dan smart phone Samsung, HTC, Nokia dll kecuali blackberry(<=kenyataan ini berdasarkan kepada ketidaksukaan aku kepada BB so aku ignorant saja :p) kalau telefon semak korang boleh berubah kebesaran display skrin korang, maksudnya adalah benda ni tak pun telefon korang ada kompas ker, boleh main boling mcm wii dan apa² sahaja yang korang goncang sket telefon tu, display skrin korang berubah, maksudnya adala accelerometer ni. lain² gadget macam controller wii, kompas elektronik dan gps pun ada benda ni.

jadi, adalah patut seseorang yang mempunyai smart phone tahu apa itu accelerometer, sebab pengguna yang tak tahu apa yg dibelinya adalah pengguna boros poyo sombong. so, boring² aku kali ni aku dapat gak la belajar dari video bawah ni



dah tengok video atas ni? cuba bayangkan kalau sekecil² silicon tu boleh dimasukkan ke dalam badan kita. tak lama lagi kita dh boleh jadi 'hybrid' sebab dah boleh kira berapa pantas tangan kita bergerak semasa berjalan, tak pun kita ni boleh jadi 'kunci' rumah/kereta/kredit kad dan macam² lagi yg korang boleh berfantasikan. pendek kata, silicon tu kalau boleh 'hidup' dalam kita, kita dah boleh jadi sort of robot dah.

untuk yg islamik sikit, adakah mustahil tangan dan kaki korang bercakap nanti di Hari Akhirat nanti ? aduiiii boringla berfantasi liar ni..hehehe 

Wednesday 30 May 2012

Accident merata-rata

Sebab keboringan, aku pun macam biasa bila boring tengok youtube la. nak tengok tv, citer jiwang² la, hantu seram meram la, ceramah ustaz lawak la, so terasa lagi boring dah lah iklan setiap 10mins (lebih kurang), boring siot tengok tv gitu.

Jadi aku pun tengok la youtube tanpa sebarang iklan ditengah² tengok video tu. cuma kena tunggu buffering je la sekejap. then tetibe la pulak, TERtengok video² eksiden/kemalangan jalan raya yang kalau tengok memang rasa dah nasib diorang ni kot.

Meh aku embed video² utube aku tengok tu. Kita mulakan dengan yang kureng sikit la, oh video² aku tunjuk kat sini takda menyiarkan gambar mayat² bergelimpangan cuma gambar bergerak kereta berlanggar je.

So, yang 1st ni kita tengok mamat/minah poyo bawak kereta terbabas dekat Chicago.





Lepas tu kita tengok, acara baru² ni dekat Malaysia, Drag Race dekat Putrajaya yang terbabas langgar penonton yang tengah kepuasan melihat kereta pecut. Tak la laju sangat, baik tengok F1 kot. Aku dengar takda orang mati kan ? hah, kalau korang malas nak dengar bunyi kete, terus skip ke minit 0:26





Then tengok pulak yang ni. yang ni boleh dikirakan ada 2 nasib. nasib malang bagi yang accident tu dan nasib baik kepada orang yang amik video tu. 5 saat lebih kurang lampu traffic hijau, teksi ni kena hentam laju dengan ferrari ni. dengar citer mati si pemandu dan penumpang teksi. ish ish.





Yang bawah ni pulak, sama gak teksi kena langgar dengan lexus. status penumpang dan driver aku tak sure. bak kata orang singapore, sama ada teksi suey ataupun jalan tu yang sueh. entahlahkan, benda nak jadi. Jadi gak walaupun tak sueh.





Jadi korang, tengok kiri kanan bila nak lintas traffic hijau. Jangan trauma sangat bila tengok video ni, korang tak nak jalan pulak. itu macam nak kena makan hon la tu kan. aku rasa, nak jadi driver ni kena at least guna otak sedikit kot. takda la macam robot lurus bendul jendul.

arrghh..boringla pulak tengok eksiden miden ni..


Monday 28 May 2012

Boring punya title

Sebab dah tak tahu apa yang aku boleh buat. Maka wujud la blog boring ni. Entah, aku ni cepat rasa boring. Boring ni kira penyakit jugak ker ? siotoringboring nama penyakit boring ni aku rase.

Jadi aku nak cerita pasal apa dalam blog boring ni. Boring la gini citer² boring. Ops, lupa nak perkenalkan diri. Walaupun tak perlu, dan aku boring, aku perkenalkan nama nick name aku Mat Forward. Ala² england gitu. Baru lepas grad setahun lebih. Bermakna juga aku baru kerja setahun lebih. Nasib baik lepas grad dapat kerja kan.

Jadi, sepanjang study sampai grad rasa boring je. Boleh katakan boring lagi banyak daripada jadi student. Ingatkan kerja dah start busy macam orang bekerja, sekali hampeh boring gak kerja. sebulan dua ok la lagi sebab belajar benda baru kerja kan, tapi dah masuk bulan ketiga, kalau aku rajin sehari, boleh katakan siap kerja aku untuk seminggu. hmmmm..boring boring.

Boring ni pun sebab aku tak buat aktiviti banyak sangat. Nak kata bersukan tu, boleh katakan aku berjalan hari² pergi kerja jalan kaki 10mins gak (<= boring dengan jam sesak mesak). Nak kata pergi memana, rasa macam tak banyak duit pulak nak keluar. haihhh..payah betul bila tak tau nak buat apa ni. keboringboringan.

Kalaulah semua benda/aktiviti kena bayar seringgit dua je kan bagus. Sekarang ni nak main apa² pun mahal. Takkan nak jogging keliling bilik je tetiap hari.

btw, aku wujudkan blog ni sebab memang terasa boring amat. masa study dulu dah bukak satu blog dah, habis study blog tu pun tamat riwayat dah. Ni aku buat blog lagi, memang sah boring kaw² punya. erk, lapo la pulak. padahal dah hentam shopping pasar malam tadi. perut²..ni lagi satu masalah boring, asyik nak makan je..arghh..

so, korang yang aku saja amik perhatian ni, boleh bagi idea macam mana nak hilang masalah siotoboringboring aku ni tak? bagi je la tempat² menarik, apa aktiviti yang seronok buat dan apa² la korang rekemen kat aku.

Boring siot !

p/s: tetiba tengok si maru ni, terasa nak bela kucing lak untuk hilangkan keboringan.