Thursday 31 May 2012

apa itu accelerometer ?

korang tahu apa itu accelerometer ? atau lebih tepat lagi apa itu MEMS accelerometer ? oleh sebab aku boring, aku pun terus tengok kamus online dewan bahasa terjemahkan apa bendalah accelerometer ni.

so dari kamus online tu dia ckp, takda ! ek ? tapi yang paling hampir, ada maksud electronic accelerometer. maksud dia meter pecut elektronik. perkataan ni digunakan dalam bidang kejuruteraan yang ditafsirkan sebagai "Alat untuk mengukur satu atau lebih komponen pecutan termasuk transduser yang biasanya menghasilkan voltan berkadaran dengan pecutan."

MEMS dan tranduser tu korang tengok la sendiri apa benda tu. boringla asyik aku yang googlekan kan :p

accelerometer ni memang dikatakan wajib untuk semua smart phone seperti iPhone dan smart phone Samsung, HTC, Nokia dll kecuali blackberry(<=kenyataan ini berdasarkan kepada ketidaksukaan aku kepada BB so aku ignorant saja :p) kalau telefon semak korang boleh berubah kebesaran display skrin korang, maksudnya adalah benda ni tak pun telefon korang ada kompas ker, boleh main boling mcm wii dan apa² sahaja yang korang goncang sket telefon tu, display skrin korang berubah, maksudnya adala accelerometer ni. lain² gadget macam controller wii, kompas elektronik dan gps pun ada benda ni.

jadi, adalah patut seseorang yang mempunyai smart phone tahu apa itu accelerometer, sebab pengguna yang tak tahu apa yg dibelinya adalah pengguna boros poyo sombong. so, boring² aku kali ni aku dapat gak la belajar dari video bawah ni



dah tengok video atas ni? cuba bayangkan kalau sekecil² silicon tu boleh dimasukkan ke dalam badan kita. tak lama lagi kita dh boleh jadi 'hybrid' sebab dah boleh kira berapa pantas tangan kita bergerak semasa berjalan, tak pun kita ni boleh jadi 'kunci' rumah/kereta/kredit kad dan macam² lagi yg korang boleh berfantasikan. pendek kata, silicon tu kalau boleh 'hidup' dalam kita, kita dah boleh jadi sort of robot dah.

untuk yg islamik sikit, adakah mustahil tangan dan kaki korang bercakap nanti di Hari Akhirat nanti ? aduiiii boringla berfantasi liar ni..hehehe 

No comments:

Post a Comment